08 October, 2009

auww...skitnya


haha..nk tegelak ak bca paper ari ne..pembuli tslh mcri mngsa.tak pasal-pasal gigi sendri yg terburai.. 2lah korang..nk wat jhat sangat..skrg spa yg malu and sapa yang skit...kah kah kah..INGAT korang,kdg2 kita tgk orang 2 lemah,tp kt tak taw sebaliknya..

Dua samseng dibelasah 'pondan'


nelah gmbor pembuli yg dibelasah" pondan"

citenya cmanne....

SWANSEA, England - Dua samseng tersilap memilih mangsa apabila mereka dibelasah oleh dua lelaki yang berpakaian seperti pondan, lapor sebuah akhbar semalam.

Dua samseng itu, Dean Gardener, 19 dan Jason Fender, 22, mahu menjadikan dua lelaki itu yang berpakaian seperti perempuan sebagai mangsa buli.

Rakaman kamera video litar tertutup (CCTV) yang disiarkan di Mahkamah Majistret Swansea menunjukkan Gardener bersemuka dengan seorang daripada dua lelaki itu yang memakai rambut palsu.

Gardener kemudian menumbuk mangsa itu.

Bagaimanapun, mahkamah diberitahu bahawa kedua-dua samseng itu terduduk kesakitan apabila ditumbuk oleh seorang lagi lelaki yang berpakaian seperti wanita.

Kedua-duanya samseng itu kemudian beredar dari lokasi kejadian.

Dua samseng itu yang ditangkap berpandukan imej rakaman CCTV mengaku bersalah kerana berkelakuan agresif sebelum dihukum melakukan kerja komuniti selama empat bulan oleh hakim, memakai tag elektronik dan dikenakan perintah berkurung.

Siasatan polis mendapati dua pondan itu sebenarnya ahli gusti tetapi mereka berpakaian wanita kerana menghadiri parti bujang dengan beberapa rakan lain. - Agensi

moral dari cite ne...

-jgn suka membuli org,jgn suka tgk kelemahan org lain..

0 comments:

 

inCikPait Copyright © 2008 D'Black by Ipiet's Blogger Template